Tuesday, June 21, 2016

Surah Al-Baqarah (83)



Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 83:
Ringkasan tafsir;
Allah telah memperingatkan kepada kaum bani Israel bahawa perjanjian yang tersebut dalam Taurat sememangnya telah bersetuju dan ada kesamaan dalam Al-Quran yang mengandungi 8 perkara seperti berikut; Jangan menyembah selain dari Allah, berbuat baik kepada Ibu Bapa, berbuat baik kepada karib kerabat, berbuat baik kepada anak yatim, berbuat baik kepada orang meskin, berkata ucapan baik kepada manusia, dirikan sembahayang dan keluarkan zakat.

Tetapi selepas itu mereka telah engkar dan berpaling, kecuali sedikit sahaja yang taat dari kalangan mereka.



[Previous] [Next

Sumber
Terjemahan (1.2.81~90);
[GS] https://t.co/Ij9QvPaBzA
Ulasan (1.2);
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr 
Pautan
.


Saturday, February 13, 2016

Surah18 (1~110)

18. Khatam Surah Al Kahf (11~20) 
18. Khatam Surah Al Kahf (21~30) 
18. Khatam Surah Al Kahf (31~40) 
18. Khatam Surah Al Kahf (41~50) 
18. Khatam Surah Al Kahf (51~60) 
18. Khatam Surah Al Kahf (61~70) 
18. Khatam Surah Al Kahf (71~80) 
18. Khatam Surah Al Kahf (81~90) 
18. Khatam Surah Al Kahf (91~100) 
18. Khatam Surah Al Kahf (101~110) 
.
.
.
Sumber,
[] https://sites.google.com/site/barongpanasmeletup/1/1
Following G+,
[] https://plus.google.com/101447691104901108108/posts/QpnQkZG4rSc



.

Surah 18 (101~110)

Al-Kahf, dari ayat 101~110


101. Iaitu orang-orang yang mata-mata mereka terhalang daripada memperhatikan peringatan ku, dan adalah mereka tidak boleh mendengar.

102. Maka apakah orang-orang kafir itu sangka, bahawa mereka boleh jadikan hamba-hamba ku sebagai penolong-penolong ? sesungguhnya kami telah sediakan jahanam bagi  orang-orang kafir sebagai tempat tinggal.

103. Katakan lah; “mahukah kami beritahu kepada kamu, orang-orang yang paling rugi tentang amal-amal mereka ?.

104. “Iaitu orang-orang yang sesat  usahanya dipenghidupan  yang rendah ini, pada hal mereka sangka, bahawa mereka berbuat kebaikan”.

105. Merekalah orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhan mereka dan kepada pertemuan dengannya, lantaran itu gugurlah amal-amal mereka, maka kami tidak akan diberikan timbangan bagi mereka dihari kiamat.

106. Yang demikian itu balasan mereka, ialah jahanam, lantaran mereka tidak percaya dan mereka menjadikan ayat-ayat ku dan Rasul-Rasul ku sebagai ejekan.

107. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, adalah bagi mereka syurga-syurga firdaus sebagai tempat tinggal.

108. Keadaan mereka kekal padanya, mereka tidak ingin pindah dari situ.

109. Katakan lah; “jika adalah laut sebagai tinta bagi kalimah-kalimah Tuhan ku, nescaya akan habis air laut itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhan ku, walau pun kita adakan bantuan lagi sebanyak itu”.

110. Katakan lah; “tidak lain aku ini, melainkan manusia seperti kamu, diwahyukan  kepada ku, bahawa tidak ada Tuhan kamu,  melainkan Tuhan yang satu, maka barang siapa percaya akan pertemuan Tuhan nya, hendaklah ia kerjakan amal soleh dan janganlah ia sekutukan  seorang pun dalam beribadat kepada Tuhan nya”.
.
.
.
.
Following G+,
[] https://plus.google.com/101447691104901108108/posts/9U7T6nvvpUC





.

Surah 18 (91~100)

Al-Kahf, dari ayat 91~100; 


91. Demikianlah kejadian, dan sesungguhnya kami mengetahui dengan sebenar-benar nya apa-apa kekuatan yang ada pada nya.

92. Kemudian ia ambil satu jalan lain.

93. Sehingga tetakala ia sampai diantara dua gunung, ia dapati disekeliling dua gunung itu, satu kaum yang hampir tidak mengerti kata-kata.

94. Mereka berkata; “ya  Zulkarnain ! sesungguhnya yajud dan majud itu orang-orang perosak dibumi, maka mahukah engkau terima kami beri  kepada mu ofti dengan syarat engkau adakan antara kami dan mereka itu satu tembok?”

95. Ia berkata; “apa yang Tuhan ku tetapkan bagi ku padanya, adalah lebih baik, oleh kerana itu tolonglah akan daku dengan sungguh-sungguh, nanti aku adakan antara kamu dan mereka satu pembatasan”.

96. “Berilah kepada ku keping-keping besi”, hingga sesudah ia ratakan antara dua pinggir gunung itu, ia berkata; “tiuplah” hingga sesudah ia jadikan api, ia berkata; “berikan lah kepada ku tembaga yang sudah dilebur supaya aku tuangkan atasnya”.

97. “Maka mereka tidak boleh mendakinya dan tidak boleh mereka buat lubang padanya”.

98. Ia berkata; “ini satu rahmat dari Tuhan ku, tetapi apabila datang janji Tuhan ku, ia akan jadikan rata dengan bumi, dan adalah janji Tuhan ku itu benar”.

99. Dan kami akan tinggalkan sebahagian dari mereka dihari itu, beradu dengan sebahagian lain, dan akan ditiup sengkala, lalu kami kumpulkan mereka sungguh-sungguh.

100. Dan kami tunjukkan neraka pada hari itu kepada orang-orang kafir buat dilihat.
.
.
.
Sumber,
[] https://sites.google.com/site/channel4knajid/5
Following G+,
[] https://plus.google.com/101447691104901108108/posts/dC84yiZuKGx







.